Kumpulan yang terbesar ialah alam Animalia sendiri yang termasuk semua haiwan. Seterusnya, setiap haiwan diletakkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai filum. Setiap filum dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai kelas.
Kelas dibahagikan kepada order, dan order dibahagikan kepada famili. Famili pula dibahagikan kepada genus, dan genus dibahagikan kepada spesies. Misalnya, harimau tergolong dalam alam Animalia, filum Kordata, kelas Mamalia, order Karnivora, famili Felida, dan genus Panthera. Ia adalah anggota spesies
Panthera tigris. Singa berkaitan dengan harimau. Ia tergolong dalam alam yang sama (Animalia), filum (Kordata), kelas (Mamalia), order (Karnivora), famili (Felida), dan genus (Panthera) yang sama seperti harimau. Tetapi singa dikelaskan dalam spesies yang berbeza iaitu
Panthera Leo.
***Banyaknya haiwan di muka bumi yang manusia tak tahu..sebab pengetahuan kita terbatas..Wallahu 'alam (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui)