AlanimauX: March 2011

AlanimauX

Wednesday 30 March 2011

Kepupusan haiwan akibat tindakan

Setiap spesies haiwan memainkan peranan dalam keseimbangan kesemua sistem kehidupan. Kini, semakin banyak bilangan haiwan di seluruh dunia terancam akibat kepupusan. Bumi telah melalui beberapa zaman kepupusan besar-besaran. Ramai ahli sains percaya bahawa dalam zaman kepupusan yang lalu, haiwan pupus kerana sebab-sebab semula jadi tetapi kini aktiviti manusia bertanggungjawab terhadap kemusnahan spesies.


Terdapat tiga pengelasan utama bagi spesies haiwan dalam bahaya kepupusan iaitu pertamanya terancam, kedua mudah terdedah kepada bahaya dan akhirnya ialah nadir. Spesies terancam menghadapi ancaman kepupusan yang paling serius. Ia memerlukan perlindungan manusia secara langsung untuk hidup. Umpamanya ikan Sturgeon yang biasa hidup di perairan di Eropah.



***Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan?..

Kumpulan haiwan

Kumpulan yang terbesar ialah alam Animalia sendiri yang termasuk semua haiwan. Seterusnya, setiap haiwan diletakkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai filum. Setiap filum dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai kelas.


Kelas dibahagikan kepada order, dan order dibahagikan kepada famili. Famili pula dibahagikan kepada genus, dan genus dibahagikan kepada spesies. Misalnya, harimau tergolong dalam alam Animalia, filum Kordata, kelas Mamalia, order Karnivora, famili Felida, dan genus Panthera. Ia adalah anggota spesies Panthera tigris. Singa berkaitan dengan harimau. Ia tergolong dalam alam yang sama (Animalia), filum (Kordata), kelas (Mamalia), order (Karnivora), famili (Felida), dan genus (Panthera) yang sama seperti harimau. Tetapi singa dikelaskan dalam spesies yang berbeza iaitu Panthera Leo.

***Banyaknya haiwan di muka bumi yang manusia tak tahu..sebab pengetahuan kita terbatas..Wallahu 'alam (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui)


Berapa haiwan atas muka bumi?

Haiwan wujud dalam banyak bentuk dan saiz. Ada yang berjalan, merayap di darat dan mengorek lubang dalam tanah. Ada juga yang berenang dalam air dan terbang di udara. Malah sesetengah haiwan hidup di dalam badan haiwan-haiwan lain. Haiwan yang terbesar ialah paus biru, panjangnya kira-kira 30 meter atau sepanjang sebaris lima ekor gajah dewasa. Tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyak spesies haiwan.

Ikan paus biru

Setakat ini, ahli sains telah mengelaskan, mengumpul dan menamakan lebih daripada 1.5 juta jenis haiwan. Lebih daripada setengah jumlah ini adalah jenis serangga. Banyak spesies baru ditemui setiap tahun. Ahli sains percaya bahawa mungkin terdapat 2 juta hingga 50 juta jenis haiwan yang hidup sekarang. Banyak jenis haiwan lain pernah hidup di bumi ini tetapi telah pupus. Ia termasuk dinosaur dan dodo.

www.harunyahya.com

***Uniknya ciptaan Tuhan..Subhanallah..
.sidebar { color: #FF6FCF; line-height: 1.5em; } }