AlanimauX: April 2011

AlanimauX

Saturday 2 April 2011

Haiwan ReUnion

Selama bertahun-tahun, kebimbangan terhadap hidupan liar yang semakin lenyap menyebabkan manusia mengambil beberapa langkah. Sesetengah haiwan dilindungi di tempat perlindungan hidupan liar atau di taman manakala yang lain hidup di zoo.

Burung yang gemar makan bangkai pupus disebabkan 'diclofenac' sejenis ubat anti-bengkak yang digunakan untuk haiwan ternakan.
Burung nasar raja betina dari Amerika Selatan

Banyak zoo dan pusat penyelidikan membiakbakaan haiwan terancam dengan harapan mengembalikan anaknya ke habitatnya.

Dalam usaha melindungi dan pemuliharaan haiwan beberapa pertubuhan pemuliharaan hidupan liar beroperasi di banyak negara antaranya adalah Greenpeace, World Wide Fund for Nature dan The World Conservation Union.






***Haiwan liar juga hidupan yang menjaga keseimbagan alam sekitar

Friday 1 April 2011

Tom dan Jerry?


 

Pengenalan spesies baru ke sesuatu kawasan juga dikenal pasti sebagai bencana bagi haiwan asalnya. Apabila orang Eropah mendarat di Hawaii dan lain-lain kepulauan Pasifik, tikus terlepas lari dari kapal dan aktiviti memperkenalkan kucing bela jinak memakan dan membunuh burung asal. Akibatnya, lebih daripada 100 jenis burung di Kepulauan Pasifik telah pupus sejak tahun 1600. 







Faktor lain yang mengancam haiwan ialah penduduk manusia yang semakin bertambah yang mengurangkan sumber-sumber yang ada dan memerlukan lebih banyak tanah untuk hidup. Akibatnya lebih banyak habitat haiwan akan dimusnahkan.





***Kalau bela haiwan, jangan lupa bagi makan..

Haiwan "perosak" alam?

Sesetengah haiwan terancam akibat aktiviti perdagangan barangan berunsurkan haiwan seperti bulunya atau lain-lain bahagian badannya yang dianggap bernilai. Misalnya, tanduk badak sumbu dan gading gajah. Haiwan tersebut terancam apabila pemburu membunuh bagi mendapatkannya. Selain itu, pemburuan berlebihan sesuatu spesies boleh menyebabkan kepupusan.






Kadangkala haiwan diburu kerana manusia menganggapnya sebagai perosak seperti yang berlaku ke atas serigala merah di Amerika Utara yang dijerat, diburu dan diracun kerana sebab ini.




***Sedangkan haiwan lebih menyayangi manusia, apatah lagi manusia yang membuang bayi di longkang..Sama-sama kita renungkan.

Spesies Nadir?

Haiwan spesies nadir sama ada mempunyai populasi di kawasan geografi yang sempit atau bertaburan jauh-jauh di seluruh kawasan yang luas. Antara contoh haiwan terancam dalam spesies ini adalah helang harpy yang terbesar dan terkuat yang tinggal bertaburan di selatan Mexico hingga ke timur Bolivia, selatan Brazil dan utara Argentina.




Pemusnahan hutan hujan tropika dikenal pasti sebagai ancaman kepada spesies burung pemangsa ini.
Banyak faktor menyumbang kepada terancamnya haiwan antaranya ialah pemusnahan habitat, penerokaan hutan, penebangan pokok dan aktiviti pembakaran untuk memberi laluan kepada tanah ladang menyebabkan habitat musnah dan spesies menghadapi bahaya kepupusan. Dianggarkan 50 spesies hutan hujan menjadi pupus setiap hari kerana aktiviti manusia.

***Siapa sebenarnya yang merosakkan alam? Manusia ke atau haiwan itu sendiri?

Ikan Sturgeon

Penangkapan spesies ikan ini secara berlebihan dan pencemaran persekitarannya telah menyebabkan bilangannya merosot. Pembinaan empangan dan lain-lain kerja air di kawasan sturgeon biasa berhijrah untuk bertelur (membiak) juga telah membahayakan ikan ini.


Spesies mudah terancam kepada bahaya kadangkala dirujuk sebagai spesies terancam. Ia banyak terdapat di sesetengah kawasan tetapi bilangannya semakin berkurangan atau menghadapi bahaya yang serius. Contohnya tenggiling raksasa yang mendiami Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Apabila penduduk bertambah, manusia telah memusnahkan banyak habitat tenggiling untuk memberi laluan kepada ladang dan bandar. Di Amerika Selatan, tenggiling raksasa diburu sebagai aktiviti sukan.

                                                                

.sidebar { color: #FF6FCF; line-height: 1.5em; } }